Which Skin Type Do You Have?

Amaryllis Wellness

Posted on October 22 2016

Hi Adania Lovers !

So for our first post ni, kita akan berkongsi berkaitan dengan jenis-jenis kulit yang mana its a topic that semua orang mungkin tahu tapi tak betul-betul mendalami. When this happens, maka terjadilah masalah-masalah seperti, kawan guna produk A sesuai tapi kita guna tak sesuai walaupun bila tengok kulit kawan sama je berminyak macam kita :( sedih kan? Yes, we know how it feels too. Jadi, sebab tu lah kami team Adania nak berkongsi tentang ilmu yang lebih mendalam on how to know which skin type do you have :)

Normal: This is the type of skin yang pakai apa pun kulit akan okay je. Tidak terlalu kering, tidak terlalu berminyak, pores are not visible, tidak sensitive. The moisture level is normal so it looks soft, naturally healthy and bila kita lihat memang flawless je even without makeup. For normal skin type, we will suggest to use our Pure Lavender Face Cleanser atau Organic Honey Soap Bar.

Berminyak/Oily: Kulit jenis berminyak adalah yang paling common sekali oleh kerana faktor cuaca di negara kita. Kulit jenis ini memang cepat berminyak walaupun baru beberapa jam mencuci muka. Selalunya kulit jenis berminyak memang datang sekali satu set dengan jerawat, blackhead/whitehead, pori yang jelas kelihatan dan berkilat. Untuk kulit oily, kami akan suggestkan untuk mencuba Charcoal Eucalyptus 2 in1 Soap Bar, Pure Lavender Face Cleanser kerana ia paling berkesan untuk mengurangkan minyak pada kulit wajah. But, for sensitive skin which is also oily, kami akan suggestkan Sweet Orange Face Cleanser kerana ia juga mampu mengurangkan minyak, merawat acne yang teruk tetapi masih lembut pada kulit yang sensitif.

Kering/Dry: Kulit jenis kering amat cenderung untuk menjadi sensitive oleh kerana lapisan yang nipis akibat pengelupasan. Kulit kering akan mengelupas dan kelihatan bersisik. Wrinkles will be more visible and the skin looks dull as well. Untuk kulit yang kering, we will suggest to use our Sweet Orange Face Cleanser for extra dry skin, while for normal dry skin, our Organic Honey Soap Bar would be suitable as well.

Sensitif/Sensitive: Kulit yang kering sinonim menjadi sensitif jika tidak dirawat dan diberikan lembapan yang secukupnya. Kulit yang sensitif selalunya akan berasa tegang, gatal, kemerahan dan senang alah atau react dengan pencuci muka yang mempunyai bahan penyebab alergi atau bahan kimia. Kulit sensitif memerlukan penjagaan yang lebih teliti. Seek medical advice if the skin tends to react to every single skincare product especially if the products contain chemicals. So, for really sensitive skin atau eczema, sabun pencuci muka yang paling sesuai adalah Pure Soap Bar. Untuk kulit yang tidak terlalu sensitive, we suggest to use Sweet Orange Face Cleanser.

Kombinasi/Combination: Many people tend to have combination skin either oily on the t-zone and dry at other parts of the face or a mix of other skin type on one face. Ketahui jenis kulit kombinasi dengan membiarkan ia tanpa sebarang makeup atau pencuci muka dan lihat setelah beberapa jam, bahagian mana yang kering dan berminyak atau bahagian mana yang sensitif dan tidak sensitif. Cuci muka dengan air sahaja. Ini dapat membantu anda untuk mengenal pasti jenis kulit anda dengan lebih baik.